Pages

04 February 2012

NOSTALGIA DAJAH ENAM -part 1

Hyep...
Salam to allz...

Hmmm...malam malam cenggini tiba tiba rasa something pulak...
Air mata dah pun bergenang...
Mengenang kembali nostalgia di sekolah dulu membuat aku tak rasa nak back to school...
ya...
ampa suma tak salah...
memang aku tak ingin kembali ke situ...
masa itu...
dan tika itu...
pelik bukan??ramai belia di luar sana begitu ingin kembali ke sekolah semula
kononnya nak tebus kembali apa yang mereka tersalah buat dulu...
pigidahhh mabuk...
aku tak rasa macam tu...
entah entah niat ampa tu nak pekena cikgu ampa cukup cukup...
yang bilamana depa pernah marah atau denda ampa teruk teruk then ampa waktu tu nak lap hingus senirik pun terkial kial...
apatah lagi nak melawan atau membalas...
ye tak???
elehh...bukan aku tak tau perangai budak budak sekolah ni...
masa kena marah atau denda...bukan maen ampa menikus..tunduk rapat...bukak mulut lagi laaa...
sepatah cikgu tanya, ampa tak berani keluar suara lagi...
sekali lagi beliau ulang tanya,ampa dok susun ayat lagi...
sekali lagi jaaa.....
ampa tau la no...ampa besa kena...
aku pun tak ketinggalan la kena denda...
hellooo...
ingat budak perempuan semua rajin sangat ka??
kalau ampa tak setuju, meh aku cerita kat ampa..
betapa malasnya seorang budak dajah lima ke enam ni punya perangai..
ha tudia...
ampa tak tau...
beliau ni kalau dalam filem, sah sah dah jadi heroin...
niat aku bukan nak aibkan beliau..
sekadar nak jadikan pedoman dekat ampa supaya tak jadi macam  beliau ni ha..
especially anak anak buah aku yang la ni dok melangut baca entry ni...
 kak r... achik...
acu tau ampa dok melawat acu kat sini...
haha...acu tau ampa rajin...kan??
yola teuwww...

****************************
dah dah dah....
back to the real story...cita dia macam ni...
ha... ampa jangan dok kutuk  beliau  ka kata pa ka kat  beliau  tau??
aku tulis pasal beliau ni pun sebab beliau sekarang aku tengok beliau cam kesian jaa...
maybe pikir banyak sangat pasal masa depan beliau yang jauh mana hala lagi nuh...
baru Tuhan uji sikit dah down macam mati laky dah..
sabar la sikit...
Aku pernah dengar quote ni :
"Allah sentiasa mendengar doa kita... 
Dia tidak pernah say 
NO 
pada doa kita...melainkan
                            YES YES YES 
but 
NOT NOW..."
hmmmm...cita beliau ni tak ada la menarik mana melainkan memeluatkan banyak pihak terutama cikgu b.melayu ka matematik kalau tak silap aku lah...
kalau silap,silap lah...nak buat macam mana...otak aku bukan clear sangat sejak sejak umur meningkat ni...

BELIAU merupakan seorang pelajar perempuan dajah lima ke enam di sekolah sultan ahmad tajuddin,jitra sekitar tahun 2003
(kiraan tahun berdasarkan umur semasa beliau tolak umur dajah enam beliau, kendian amek tahun semasa aku tengah taip ni tolak baki umur beliau tadi...betapa teruknya aku membuat perkiraan semata mata nak dapatkan tahun semasa beliau dajah enam je pun)

rutin harian persekolahan beliau amatlah dasyat...
jam tujuh pagi, beliau belum menunjukkan riak riak seorang pelajar yang nak ke sekolah...bilamana beliau dikejutkan, ada la dalam beberapa minit jugak la beliau ambik masa untuk menggeliat bagai sebelum beliau capai tuala masam koyak koyak yang andaikata ampa lambong masuk sungai,habis ikan ikan mati tak dapat oksigen..
dalam bilik mandi pulak satu hal lagi minah ni...nak gosok gigi pun buat perhitungan dulu..
nak gosok ka tak mau..
nak ka tak mau..
nak ka...

tiba tiba..
"hoi! mandi ka dak ni??tak dengaq bunyi aiq pun??oqang laen semua dah siap...yang dia dok tidoq dalam tu lagi!" ha...itu la suara puan mak beliau...
"sat sat....!" jerit beliau dari dalam sambil laju laju simbah air ke badan, sabun sikit sikit ambik bau ja and terus keluar tanpa menyedari gigi lupa digosok..
jam sudah menunjukkan pukul tujuh suku lebih walhal beliau masih terkedek kedek bagai itik pulang petang menuju ke kamar beliau...suis kipas dan seterika beliau petik lantas mula menyikat rambut kusut beliau kendian sapu bedak sikit..kendian lagi baru la beliau ambil baju sekolah beliau yang ala ala orang utara kata macam lembu pepak(kunyah)..
sambil tangan menggosok baju,otak beliau pantas teringatkan kerja rumah yang beliau belum siapkan...dengan lajunya jadual harian dibelek.
"Adeh,lupa buat la pulak! tak pa tak pa...satgi aku pa 'tengok' sapa yang dah buat..dan lagi ni..masa cikgu ni lepas rehat..
buku buku laen dimasukkan ke dalam beg sekolah comot sebelum beliau kembali menyeterika baju dan bersiap..bekal air milo sudah pun disiapkan puan mak di atas meja beserta wang belanja harian beliau.kedengaran suara teman teman beliau riuh rendah memanggil manggil kerana jam sudah pun melewati tujuh setengah..setelah menyalami puan mak,beliau pantas menggalas beg sekolah, memasukkan wang ke dalam poket baju sekolah dan terus mengambil basikal mini di bahagian tepi rumah.senyuman dilemparkan kearah teman teman yang menanti di luar pagar..Pikah,K. Yang,dan Akina..memasing muka dah merah menahan marah... 
memang rutin harian mereka setiap pagi adalah menjerit dan menunggu cik beliau berjam-jam depan pagar...walaupun marah,yang hairannya, mereka masih juga setia begitu sehingga tamat dajah enam..hahahha...
jarak rumah beliau dengan sekolah tidak lah jauh sangat...tapi disebabkan mereka PEREMPUAN, banyak la omongnya sambil mengayuh beskal tu ha..mereka berempat tiba di pintu pagar belakang sekolah tepat jam tujuh empat puluh lima..sama dengan hari hari mereka yang sebelumnya...tak pernah awal..setelah memarkir beskal, mereka berlari anak menaiki tangga menuju ke kelas masing masing..cik beliau dengan pikah berkongsi kelas iaitu enam Mawar Merah(kelas no. 1),Akina enam Seroja and K.Yang enam Teratai kalau tak salah...sory la wey aku tak amek port sangat ampa kelas apa dulu..maklum la kelas belakang belakang...hahah..lawak ja wey..
mereka mereka ni tak payah nyanyi lagu negaraku ka lagu negeri kedah ka bagai sebab bila mereka ni sampai,budak budak lain dah pun bersurai masuk kelas masing masing.
setelah mengambil tempat duduk,seperti biasa cik beliau akan buat kalut..mata tertinjau tinjau kalau kalau ada orang tengah buat latihan matematik. belum sempat beliau bersuara,kelihatan cikgu Rosnani menuju ke pintu kelas. cik beliau tersenyum sebab kerja rumah b.melayu dah beres. namun begitu,nasib tak menyebelahi beliau hari ni.. cikgu Rosnani merupakan guru kelas beliau merangkap cikgu matematik dan b.melayu.

"Hari ni teacher masuk lambat,jadi lepas ni,kita akan terus dengan kelas metematik.Ok?
waktu matematik lepas rehat nanti baru teacher masuk..kira tukar masa la ye...faham?"
berderau darah cik beliau mendengar pengumuman cikgu Rosnani tadi..


nak tau apa jadi dengan cik beliau yang pemalas santero dunia ni??tunggu next entry k??
p/s : lenguh menaip la...



Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...