Pages

17 February 2012

NOSTALGIA DAJAH ENAM - part 2

nostalgia dajah enam part 1



tak nak cakap banyak...just nak sambung entry lepas pasal budak pemalas sorang ni..kalau ampa belum baca, boleh ke link yang ada di atas warna oren tu k? aku ni memang tak suka menyusahkan orang..takut ampa marah kena scroll and click banyak kali, tunggu lagu aku loading lagi..so aku siapkan siap siap kepada ampa yang pemalas rajin jengah blog aku.

akeyh...selepas mendengar kata kata yang keluar dari bibir Cikgu Rosnani tadi, peluh mula menitik di dahi beliau.. rakan rakan dipandang..

 alamak...cik beliau bajet comelll

semua orang tengah ready nak belajar subjek bahasa melayu waktu tu... 
ya...
diakui memang cik beliau ni dah completekan homework bm tu..dan sememangnya bm ni celah gigi beliau ja...bukan nak gebang...mana pernah beliau tak score subjek tu...bab bab bahasa memang beliau A..termasuk la bahasa inggeris..
matematik pun apa kurangnya..tinggal lagi cik beliau ni pemalas ja...nak pikir sikit pun berkira..tahun tu UPSR beb..entah kenapa beliau masih tak buley nak buang sifat pemalas tu..
bebudak laen kemain ready...dengan buku tak lekang di tangan.. sikit sikit bangun tanya cikgu.. tuisyen dari petang sampai ke malam...celah mana bebudak ni buat homework pun aku tak tau..

back to our case...selepas berleter sepatah dua,macam biasa Cikgu Rosnani suruh bebudak hantar homework yang dia bagi semalam iaitu karangan..

cik beliau lantas berfikir..'hm...kalau cikgu mintak buku, satgi mesti dia nak check..okay...masa dia tengah check,[check karangan lama okay]..aku pinjam la buku sapa sapa nak buat math...'hehe...haty beliau ketawa girang...

dengan muka bahagia, beliau bersiul siul sambil membuka beg sekolah [part bersiul tu tipu okay] dan   mencapai buku karangan A. lalu dengan lajunya beliau mara ke hadapan kelas seraya  menghulurkan buku tersebut kepada si cikgu.

cikgu : siap dah? matematik buat dak gi?
sambil melihat cik beliau atas bawah.. cik beliau hanya tunduk memandang lantai.


'cikgu ni memang dah aim aku tak buat math ka?harem sungguh..cam bau bau ja..mentang mentang aku selalu tak buat kerja math..dah la usha aku semacam ja..jeling lagi..'

cikgu : ha...pi duduk tempat ang balik..okay kelas...kemarin saya ada bagi latihan matematik kan? sapa yang siap mai hantaq seksiap.. satgi tak payah kalhot dah..kita buleh buat latihan laen pulak waktu math satg..

seraya mendengar arahan yang dikeluarkan, bebudak berpusu pusu mara ke hadapan kelas dan meletakkan buku memasing atas meja cikgu..yang tinggal hanya cik beliau dan sorang member kamcing tak buat keja math ja...iaitu hidayat..ha...ampa da terhidu bau ikan dak?[smell something fishy]..haha...nama bebudak dua ekor orang ni memang almost sama..bab tu perangai sama...
pemalas ya rabbi!

cikgu lagi : okay...sapa yang saya tak sebut nama jangan duduk nah?

'ha elah...buat buat nak panggil nama pulak...memang sengaja nak bagi semua tengok kami letteuw..aku paham sangat dah pangai cikgu ni..ni yang malas nak mai sekolah ni..'

asyik asyik cikgu :siti nurhaliza...rosnah mat aris...eman manan...ady putra...syahrizal jazle...ambi pure...eh...amber chia...arnold susah-nak-eja...bla bla bla...ha...pasaipa muka ampa dua lagi yang kena berdiri?
[sambil merenung dan mengukir senyum senget a.k.a sinis]


'cis...buat buat tanya..panas sungguh...'

cikgu asyik asyik : mai depan sini ampa dua..bawak buku tu sekali.ha...ampa pi buat kat situ!

selepas membelek belek buku beliau dan dayat...si cikgu mempersilakan mereka berdua bersila di hadapan kelas..betul betul bawah papan hitam..sampailah tamat waktu bm dan math tadi...

 siksa benar rasanya menahan malu dan lenguh sambil diperhatikan rakan rakan.. nak tak nak buat jela...sapa suruh kau malas sangat...ni lah ubatnya...

cenggini la jugak denda yang selalu diterima mereka...kalu tak bawah papan hitam,mesti kaki lima kelas..
dendaan tersebut berlanjutan sehingga beliau ni habis belajar...ish ish..tu la...malas sangat...

akayh....akhirnya....entry pasal budak malas a.k.a aku ni dah habis aku buat...
bebudak yang baca entry ni silalah ambik ikhtibar...

zaaassssssssssssssssssss...............





Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...