Pages

11 February 2012

hakim dan tiga tawanan

petang yang damai...suasana sepi mencengkam sanubari setiap jiwa yang berada di dalam mahkamah sementara menunggu perbicaan tiga lelaki yang ditangkap atas kesalahan cuba meletupkan stesen jana kuasa elektrik.
tiga lelaki yang dimaksudkan ialah 

** seorang ahli falsafah
** seorang pakar matematik
** seorang pelawak

maka, setelah tiba masa perbicaraan, sang hakim memulakan pertanyaan...

incik hakim : kamu boleh menyoal saya dengan satu soalan. kalau saya dapat menjawabnya, kamu akan ditangkap dan dipenjarakan.tetapi, jika saya tidak dapat menjawab, kamu akan dibebaskan.

ahli falsafah : saya mahu yang arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates. jika yang arif rela membawanya, saya rela dihukum!

lalu hakim mengarahkan pekerjanya mencari buku yang diperkatakan lalu memberikan kepada ahli falsafah untuk disahkan..

ahli falsafah : ya, inilah bukunya yang arif!

lalu ahli falsafah tersebut dijatuhkan hukuman penjara tanpa banyak soal lagi.. kini, giliran pakar matematik pula mengajukan soalan.

pakar matematik : cuba jawab 1253x254(5454x25451) dalam masa lima saat.

sambil menekan mesin kira kira, hakim memberikan jawapannya dan ternyata tepat. lalu, pakar metematik pun dipenjarakan. giliran terakhir pula ialah pelawak.

pelawak : berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai tujuh lubang ditempat duduknya.

apabila kerusi disediakan, pelawak itu segera duduk dan tiba tiba melepaskan kentut dengan kuat dan penuh perasaan.


pelawak : yang arif, dari lubang mana kentut saya tadi keluar?

selepas membelek dan menghidu serba sedikit, sang hakim meng-usha lubang yang berada tepat di bawah punggung si pelawak tadi.

incik hakim : kentut kamu keluar dari lubang yang ketiga dari sebelah kanan ini!

pelawak : salah!

semua hadirin yang berada di dalam mahkamah berasa hairan dan terus menumpukan perhatian.

pelawak : kentut saya keluar dari lubang juboq!

sang hakim sambil tertawa kemudian menjatuhkan perintah agar pelawak tadi dibebaskan...


p/s : kepada para hakim, adik bradek hakim,bakal hakim...sorry...ini hanyalah lawak jenaka...tiada niat sebaliknya...










Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...