Pages

Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

17 February 2012

NOSTALGIA DAJAH ENAM - part 2

nostalgia dajah enam part 1



tak nak cakap banyak...just nak sambung entry lepas pasal budak pemalas sorang ni..kalau ampa belum baca, boleh ke link yang ada di atas warna oren tu k? aku ni memang tak suka menyusahkan orang..takut ampa marah kena scroll and click banyak kali, tunggu lagu aku loading lagi..so aku siapkan siap siap kepada ampa yang pemalas rajin jengah blog aku.

akeyh...selepas mendengar kata kata yang keluar dari bibir Cikgu Rosnani tadi, peluh mula menitik di dahi beliau.. rakan rakan dipandang..

 alamak...cik beliau bajet comelll

semua orang tengah ready nak belajar subjek bahasa melayu waktu tu... 
ya...
diakui memang cik beliau ni dah completekan homework bm tu..dan sememangnya bm ni celah gigi beliau ja...bukan nak gebang...mana pernah beliau tak score subjek tu...bab bab bahasa memang beliau A..termasuk la bahasa inggeris..
matematik pun apa kurangnya..tinggal lagi cik beliau ni pemalas ja...nak pikir sikit pun berkira..tahun tu UPSR beb..entah kenapa beliau masih tak buley nak buang sifat pemalas tu..
bebudak laen kemain ready...dengan buku tak lekang di tangan.. sikit sikit bangun tanya cikgu.. tuisyen dari petang sampai ke malam...celah mana bebudak ni buat homework pun aku tak tau..

back to our case...selepas berleter sepatah dua,macam biasa Cikgu Rosnani suruh bebudak hantar homework yang dia bagi semalam iaitu karangan..

cik beliau lantas berfikir..'hm...kalau cikgu mintak buku, satgi mesti dia nak check..okay...masa dia tengah check,[check karangan lama okay]..aku pinjam la buku sapa sapa nak buat math...'hehe...haty beliau ketawa girang...

dengan muka bahagia, beliau bersiul siul sambil membuka beg sekolah [part bersiul tu tipu okay] dan   mencapai buku karangan A. lalu dengan lajunya beliau mara ke hadapan kelas seraya  menghulurkan buku tersebut kepada si cikgu.

cikgu : siap dah? matematik buat dak gi?
sambil melihat cik beliau atas bawah.. cik beliau hanya tunduk memandang lantai.


'cikgu ni memang dah aim aku tak buat math ka?harem sungguh..cam bau bau ja..mentang mentang aku selalu tak buat kerja math..dah la usha aku semacam ja..jeling lagi..'

cikgu : ha...pi duduk tempat ang balik..okay kelas...kemarin saya ada bagi latihan matematik kan? sapa yang siap mai hantaq seksiap.. satgi tak payah kalhot dah..kita buleh buat latihan laen pulak waktu math satg..

seraya mendengar arahan yang dikeluarkan, bebudak berpusu pusu mara ke hadapan kelas dan meletakkan buku memasing atas meja cikgu..yang tinggal hanya cik beliau dan sorang member kamcing tak buat keja math ja...iaitu hidayat..ha...ampa da terhidu bau ikan dak?[smell something fishy]..haha...nama bebudak dua ekor orang ni memang almost sama..bab tu perangai sama...
pemalas ya rabbi!

cikgu lagi : okay...sapa yang saya tak sebut nama jangan duduk nah?

'ha elah...buat buat nak panggil nama pulak...memang sengaja nak bagi semua tengok kami letteuw..aku paham sangat dah pangai cikgu ni..ni yang malas nak mai sekolah ni..'

asyik asyik cikgu :siti nurhaliza...rosnah mat aris...eman manan...ady putra...syahrizal jazle...ambi pure...eh...amber chia...arnold susah-nak-eja...bla bla bla...ha...pasaipa muka ampa dua lagi yang kena berdiri?
[sambil merenung dan mengukir senyum senget a.k.a sinis]


'cis...buat buat tanya..panas sungguh...'

cikgu asyik asyik : mai depan sini ampa dua..bawak buku tu sekali.ha...ampa pi buat kat situ!

selepas membelek belek buku beliau dan dayat...si cikgu mempersilakan mereka berdua bersila di hadapan kelas..betul betul bawah papan hitam..sampailah tamat waktu bm dan math tadi...

 siksa benar rasanya menahan malu dan lenguh sambil diperhatikan rakan rakan.. nak tak nak buat jela...sapa suruh kau malas sangat...ni lah ubatnya...

cenggini la jugak denda yang selalu diterima mereka...kalu tak bawah papan hitam,mesti kaki lima kelas..
dendaan tersebut berlanjutan sehingga beliau ni habis belajar...ish ish..tu la...malas sangat...

akayh....akhirnya....entry pasal budak malas a.k.a aku ni dah habis aku buat...
bebudak yang baca entry ni silalah ambik ikhtibar...

zaaassssssssssssssssssss...............





Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

09 February 2012

PERISTIWA ENAM JUNE 2011-part 1

ASSALAMUALAIKUM


peristiwa ni paling aku tak buleh nak lupa. apa kejadahnya sampai tak buleh nak lupa? ha..yang tu yang aku nak cerita sangat ni...

peristiwa hitam yang tak berapa nak hitam sangat ni, kelabu mungkin, telah berlaku pada tanggal enam june 2011.aku waktu tu bekerja sebagai operator kilang ja. apa nak buat...segala jenis pekerjaan sekarang memerlukan pengalaman dulu. so, aku tanpa membuang masa, jam dan minit terus mencari apa jua pekerjaan yang mampu memberiku pengalaman sekaligus duet belanja...hehe...
hellloooo
jangan pandang rendah pada kami kami minah kilang ni...aku hasil kerja kilang ni buleh beli henset sebijik tau... canggih lagi...canggihkah????? urmmmm...mungkin,..

aku pergi menunaikan kewajipanku seharian sebagai minah kilang menaiki kereta bersama dengan kak aku.. waktu tu dia pun sey jugak macam aku la ni..tiga tahun habis belajar, satu haram keja yang suit dengan ijazah dia langsung tak dapat..tapi kira ok la kan...dia dan jugak dapat ijazah...aku ni...
baru stpm..langsung tak dapat sambung ngaji...nak kata bodo sangat, ada la jugak aku atoq hurop A dalam sijil aku.. apa nak buat...bak kata kak dekat opis aku la ni[bukan minah kilang lagi dah na...]

aku : kak, kami tak tahu la pasai apa kami tak dapat dapat masuk U? sey sangat ka tak tau..orang lain yang setengah tu result cam pa gi buleh ja masuk...siap habis ngaji dah pun..nak kena mandi tujuh bunga ni...tak pun tujuh pasu terus...sey tahap apa dah ni..


kak : haisy...orang kalau dapat 10 A pun, kalau Tuhan tak izin, tak dapat jugak.
[fine... aku tersengih macam kerang busuk.]

p/s : kak aku now dah dapat jadi lecturer.. canggih la ang...
 ***********************************************

ok, dah buleh kembali ke pangkal jalan...

sebenar benarnya, peristiwa ni berlaku kepada......

MANGSA : INCIK JIWA & rakan beliau
LOKASI : KAMPUNG BERHAMPIRAN KAMPUNG BELIAU
MASA : LEWAT PETANG [anggaran tujuh petang]
KENDERAAN : MOTOSIKAL

aku dengan kak aku baru ja otw balik kerja. time tu kami tengah menyusuri jalan kampung kami dah. time balik, macam besa kak aku drive sebab aku drive masa nak pi.   ha tudia...pi kerja kilang gaji sejemput naik kereta cekkk oooiiii.... sapa ngorat aku waktu tu saheh kena sound dengan kami punya penyelia[kak apatah nama dia tak tau..] sory...penyakit lupa aku sangat bermaharajalela sekarang..kata dia ampa kalau tak da 10k,jangan nak berangan nak mintak nomot tepon dia..
apakah aku kaki kikis?haha...wad eva...yang penting bukan aku yang sound.. bercakap dengan depa apatah lagi...sangat sangatlah tidak.
menyimpang lagi....bila nak buleh cerita tak tau cik nabyla oooiiiii......

ok ok....kembali ke jalan yang lurus...

petang yang menghampiri senja itu,incik jiwa juga sama sepertiku...otw balik kerja..tak macam selalu,kawan incik jiwa bereya eya nak bawak moto. dahla loklaq!!nak tau pasepa loklaq? bukan dia p londeh seluaq tengah jalan....bukan...nak dijadikan cerita, gaji mereka bulan tu keluar lewat...kalau ampa detail, memang ampa perasaan...gaji mereka lewat betul betul punya lewat...mau taknya, dah enam haribulan tak dapat gaji gi..hangin satu badan la...member incik jiwa memang hangin satu badan hari tu.. dari alor setar dia bawak moto cam cilaka..almost kna langgar dengan keta...
[jadi papa at incik jiwa, aku terajang ang dulu]
 sampai dah nak masuk dalam kampung pun, lam perut dia dok maki hamun tak habis habis lagi..incik jiwa yang membonceng pulak sikit punya buleh qalet [mengantok seharian bekerja di bawah terik matahari]...setibanya di satu simpang tiga,ada minah yang lagi cilaka dari member incik jiwa ni bawak moto terus keluar dari simpang.

ketepek....terbongkang la mereka berempat di atas bahu jalan.

neno neno neno
ada orang kampung yang kenal incik jiwa n member dia lalu situ.. maka mereka bergegas kerumah incik jiwa mengkhabarkan bahawasanya incik jiwa xcident..waktu tu member incik jiwa ramai ramai tengah men takraw depan rumah incik jiwa.

BERSAMBUNG JE LA....NGANTOKKKK!!! ;P

Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

04 February 2012

NOSTALGIA DAJAH ENAM -part 1

Hyep...
Salam to allz...

Hmmm...malam malam cenggini tiba tiba rasa something pulak...
Air mata dah pun bergenang...
Mengenang kembali nostalgia di sekolah dulu membuat aku tak rasa nak back to school...
ya...
ampa suma tak salah...
memang aku tak ingin kembali ke situ...
masa itu...
dan tika itu...
pelik bukan??ramai belia di luar sana begitu ingin kembali ke sekolah semula
kononnya nak tebus kembali apa yang mereka tersalah buat dulu...
pigidahhh mabuk...
aku tak rasa macam tu...
entah entah niat ampa tu nak pekena cikgu ampa cukup cukup...
yang bilamana depa pernah marah atau denda ampa teruk teruk then ampa waktu tu nak lap hingus senirik pun terkial kial...
apatah lagi nak melawan atau membalas...
ye tak???
elehh...bukan aku tak tau perangai budak budak sekolah ni...
masa kena marah atau denda...bukan maen ampa menikus..tunduk rapat...bukak mulut lagi laaa...
sepatah cikgu tanya, ampa tak berani keluar suara lagi...
sekali lagi beliau ulang tanya,ampa dok susun ayat lagi...
sekali lagi jaaa.....
ampa tau la no...ampa besa kena...
aku pun tak ketinggalan la kena denda...
hellooo...
ingat budak perempuan semua rajin sangat ka??
kalau ampa tak setuju, meh aku cerita kat ampa..
betapa malasnya seorang budak dajah lima ke enam ni punya perangai..
ha tudia...
ampa tak tau...
beliau ni kalau dalam filem, sah sah dah jadi heroin...
niat aku bukan nak aibkan beliau..
sekadar nak jadikan pedoman dekat ampa supaya tak jadi macam  beliau ni ha..
especially anak anak buah aku yang la ni dok melangut baca entry ni...
 kak r... achik...
acu tau ampa dok melawat acu kat sini...
haha...acu tau ampa rajin...kan??
yola teuwww...

****************************
dah dah dah....
back to the real story...cita dia macam ni...
ha... ampa jangan dok kutuk  beliau  ka kata pa ka kat  beliau  tau??
aku tulis pasal beliau ni pun sebab beliau sekarang aku tengok beliau cam kesian jaa...
maybe pikir banyak sangat pasal masa depan beliau yang jauh mana hala lagi nuh...
baru Tuhan uji sikit dah down macam mati laky dah..
sabar la sikit...
Aku pernah dengar quote ni :
"Allah sentiasa mendengar doa kita... 
Dia tidak pernah say 
NO 
pada doa kita...melainkan
                            YES YES YES 
but 
NOT NOW..."
hmmmm...cita beliau ni tak ada la menarik mana melainkan memeluatkan banyak pihak terutama cikgu b.melayu ka matematik kalau tak silap aku lah...
kalau silap,silap lah...nak buat macam mana...otak aku bukan clear sangat sejak sejak umur meningkat ni...

BELIAU merupakan seorang pelajar perempuan dajah lima ke enam di sekolah sultan ahmad tajuddin,jitra sekitar tahun 2003
(kiraan tahun berdasarkan umur semasa beliau tolak umur dajah enam beliau, kendian amek tahun semasa aku tengah taip ni tolak baki umur beliau tadi...betapa teruknya aku membuat perkiraan semata mata nak dapatkan tahun semasa beliau dajah enam je pun)

rutin harian persekolahan beliau amatlah dasyat...
jam tujuh pagi, beliau belum menunjukkan riak riak seorang pelajar yang nak ke sekolah...bilamana beliau dikejutkan, ada la dalam beberapa minit jugak la beliau ambik masa untuk menggeliat bagai sebelum beliau capai tuala masam koyak koyak yang andaikata ampa lambong masuk sungai,habis ikan ikan mati tak dapat oksigen..
dalam bilik mandi pulak satu hal lagi minah ni...nak gosok gigi pun buat perhitungan dulu..
nak gosok ka tak mau..
nak ka tak mau..
nak ka...

tiba tiba..
"hoi! mandi ka dak ni??tak dengaq bunyi aiq pun??oqang laen semua dah siap...yang dia dok tidoq dalam tu lagi!" ha...itu la suara puan mak beliau...
"sat sat....!" jerit beliau dari dalam sambil laju laju simbah air ke badan, sabun sikit sikit ambik bau ja and terus keluar tanpa menyedari gigi lupa digosok..
jam sudah menunjukkan pukul tujuh suku lebih walhal beliau masih terkedek kedek bagai itik pulang petang menuju ke kamar beliau...suis kipas dan seterika beliau petik lantas mula menyikat rambut kusut beliau kendian sapu bedak sikit..kendian lagi baru la beliau ambil baju sekolah beliau yang ala ala orang utara kata macam lembu pepak(kunyah)..
sambil tangan menggosok baju,otak beliau pantas teringatkan kerja rumah yang beliau belum siapkan...dengan lajunya jadual harian dibelek.
"Adeh,lupa buat la pulak! tak pa tak pa...satgi aku pa 'tengok' sapa yang dah buat..dan lagi ni..masa cikgu ni lepas rehat..
buku buku laen dimasukkan ke dalam beg sekolah comot sebelum beliau kembali menyeterika baju dan bersiap..bekal air milo sudah pun disiapkan puan mak di atas meja beserta wang belanja harian beliau.kedengaran suara teman teman beliau riuh rendah memanggil manggil kerana jam sudah pun melewati tujuh setengah..setelah menyalami puan mak,beliau pantas menggalas beg sekolah, memasukkan wang ke dalam poket baju sekolah dan terus mengambil basikal mini di bahagian tepi rumah.senyuman dilemparkan kearah teman teman yang menanti di luar pagar..Pikah,K. Yang,dan Akina..memasing muka dah merah menahan marah... 
memang rutin harian mereka setiap pagi adalah menjerit dan menunggu cik beliau berjam-jam depan pagar...walaupun marah,yang hairannya, mereka masih juga setia begitu sehingga tamat dajah enam..hahahha...
jarak rumah beliau dengan sekolah tidak lah jauh sangat...tapi disebabkan mereka PEREMPUAN, banyak la omongnya sambil mengayuh beskal tu ha..mereka berempat tiba di pintu pagar belakang sekolah tepat jam tujuh empat puluh lima..sama dengan hari hari mereka yang sebelumnya...tak pernah awal..setelah memarkir beskal, mereka berlari anak menaiki tangga menuju ke kelas masing masing..cik beliau dengan pikah berkongsi kelas iaitu enam Mawar Merah(kelas no. 1),Akina enam Seroja and K.Yang enam Teratai kalau tak salah...sory la wey aku tak amek port sangat ampa kelas apa dulu..maklum la kelas belakang belakang...hahah..lawak ja wey..
mereka mereka ni tak payah nyanyi lagu negaraku ka lagu negeri kedah ka bagai sebab bila mereka ni sampai,budak budak lain dah pun bersurai masuk kelas masing masing.
setelah mengambil tempat duduk,seperti biasa cik beliau akan buat kalut..mata tertinjau tinjau kalau kalau ada orang tengah buat latihan matematik. belum sempat beliau bersuara,kelihatan cikgu Rosnani menuju ke pintu kelas. cik beliau tersenyum sebab kerja rumah b.melayu dah beres. namun begitu,nasib tak menyebelahi beliau hari ni.. cikgu Rosnani merupakan guru kelas beliau merangkap cikgu matematik dan b.melayu.

"Hari ni teacher masuk lambat,jadi lepas ni,kita akan terus dengan kelas metematik.Ok?
waktu matematik lepas rehat nanti baru teacher masuk..kira tukar masa la ye...faham?"
berderau darah cik beliau mendengar pengumuman cikgu Rosnani tadi..


nak tau apa jadi dengan cik beliau yang pemalas santero dunia ni??tunggu next entry k??
p/s : lenguh menaip la...



Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...