Pages

Showing posts with label lawakstory. Show all posts
Showing posts with label lawakstory. Show all posts

04 August 2012

AYAM CURIK!!



Alkisah bermula selepas seorang pencuri yang bodo bodo ala telah mencuri tiga ekor ayam. beliau kendian segera pergi mendapatkan seorang pembeli.

maling : saya hendak jual ayam ayam ni. mohon encik beli...hehe...
[senyum sumbing dilemparkan tepat mengenai mata sang pembeli yang ternyata mempamerkan muka aneh]

bakal pembeli : dari mana ang dapat? banyak sangat ni?
maling : saya baru sahaja mencurinya dari sebuah reban ayam.

bakal pembeli : tidakkah anda tahu bahawasanya mencuri itu salah di sisi undang undang mahupun agama? berdosa mengambil sesuatu yang bukan hak kita.


maling : tahu! sebab tulah saya tak nak simpan ayam ayam ni!
[jujur sang maling berbicara]

maka singgahlah satu penerajang padu menghinggap belakang sang maling.

bakal pembeli : buta perot punya orang!


ayam ayam itu pun berjalan la pulang sambil menggelakkan sang maling yang ternyata bengong.

p/s : mencuri berdosa...RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!






Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

03 March 2012

bila suami seorang programmer


suatu pagi yang sunyi sepi disebabkan hari tu hari isnin..bebudak semuanya sudah ke sekolah..yang berkerjaya telah pun memulakan kerja memasing saat itu.
tinggallah sang suri rumah suri rumah meliuk lentok di pagar rumah jiran asyik bergossip.

memasing menceritakan perihal rumah tangga memasing..ada yang seronok sebab baru di belikan mesin basuh automatik 8kg..ye la si suami baru dapat duit bantuan rakyat satu malaysia..si isteri mulalah atur nak beli itu beli ini..ada pulak yang sedih sebab suami senyap senyap pergi nikah dekat thai dengan pembantu rumah muda yang gorgeous baru hired minggu lepas..kata si suami tak nak jadi perkara buruk bila asyik tengok badan lentik si pembantu tengah memasak..lebih baik nikah..

tiba turn seorang jiran mereka yang paling anggun tak nak kalah, cik sariyanti(bukan nama samaran),dia pun menceritakan perihal masalah rumahtangganya dengan si suami.. 

  

selepas memberi salam dan ucapan sepatah dua, cik sariyanti bukan nama samaran pun memulakan cerita..

cik sariyanti bukan nama samaran : puan puan semua tahu kan suami saya kerja sebagai apa.

puan puan : tahu..programmer..kan kan kan?best kan jadi isteri prorammer..ada masalah barang elektronik ke komputer ke..tak payah susah susah pergi kedai..dah ada yang tolong baiki..

cik sariyanti bukan nama samaran :ha tulah puan puan semua tak tahu.saya sorang je kena telah masalah ni.bukan senang jadi isteri progrmmer ni..baru semalam saya nak pitam gara gara melayan bahasa sains suami saya..meh saya ceritakan kepada puan puan semua dari awal..

Suami :  Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?


Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found
Isteri : Abang nih memang tak boleh harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It’s by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use … Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. 
maka tersedu sedanlah si isteri tadi mengakhiri ceritanya.

p/s : kenal dulu pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin..menyesal nanti tak berguna..hehe..peaceeee


Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

11 February 2012

hakim dan tiga tawanan

petang yang damai...suasana sepi mencengkam sanubari setiap jiwa yang berada di dalam mahkamah sementara menunggu perbicaan tiga lelaki yang ditangkap atas kesalahan cuba meletupkan stesen jana kuasa elektrik.
tiga lelaki yang dimaksudkan ialah 

** seorang ahli falsafah
** seorang pakar matematik
** seorang pelawak

maka, setelah tiba masa perbicaraan, sang hakim memulakan pertanyaan...

incik hakim : kamu boleh menyoal saya dengan satu soalan. kalau saya dapat menjawabnya, kamu akan ditangkap dan dipenjarakan.tetapi, jika saya tidak dapat menjawab, kamu akan dibebaskan.

ahli falsafah : saya mahu yang arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates. jika yang arif rela membawanya, saya rela dihukum!

lalu hakim mengarahkan pekerjanya mencari buku yang diperkatakan lalu memberikan kepada ahli falsafah untuk disahkan..

ahli falsafah : ya, inilah bukunya yang arif!

lalu ahli falsafah tersebut dijatuhkan hukuman penjara tanpa banyak soal lagi.. kini, giliran pakar matematik pula mengajukan soalan.

pakar matematik : cuba jawab 1253x254(5454x25451) dalam masa lima saat.

sambil menekan mesin kira kira, hakim memberikan jawapannya dan ternyata tepat. lalu, pakar metematik pun dipenjarakan. giliran terakhir pula ialah pelawak.

pelawak : berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai tujuh lubang ditempat duduknya.

apabila kerusi disediakan, pelawak itu segera duduk dan tiba tiba melepaskan kentut dengan kuat dan penuh perasaan.


pelawak : yang arif, dari lubang mana kentut saya tadi keluar?

selepas membelek dan menghidu serba sedikit, sang hakim meng-usha lubang yang berada tepat di bawah punggung si pelawak tadi.

incik hakim : kentut kamu keluar dari lubang yang ketiga dari sebelah kanan ini!

pelawak : salah!

semua hadirin yang berada di dalam mahkamah berasa hairan dan terus menumpukan perhatian.

pelawak : kentut saya keluar dari lubang juboq!

sang hakim sambil tertawa kemudian menjatuhkan perintah agar pelawak tadi dibebaskan...


p/s : kepada para hakim, adik bradek hakim,bakal hakim...sorry...ini hanyalah lawak jenaka...tiada niat sebaliknya...










Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...