Pages

Showing posts with label da gift. Show all posts
Showing posts with label da gift. Show all posts

30 December 2012

Note Pink!!wink wink :]]

Assalamualaikum..

weetweeet....

hehe..harini aku sangat happy..yesss...sangat sangat..

selepas puas merengek and membuat incik jiwa hampir hilang sabar dengan perangai aku..akhirnya..

taaadaaaaa.........


posto posto..
pesanan dah sampai..hadiah hujung tahun..ahax..by hand lagi u olls..malu i olls..haha

takdelah..
incik jiwa beli phone ni dah few days dah..tapi tunggu cuti je dia nak hantar..hehe..

"dear my beloved incik jiwa..

tqvm sebab sanggup belikan ty phone ni..masa merengek mintak ritu..ty ingat jiwa pun main main..sengaja ty nak cabar cabar jiwa..hikhikhik..
but then..
bila jiwa sudi nak belikan..yang limited punya pulak tu..ty terharu sangat sangat..
tapi nanti jangan tolak duit hantaran pulak..kuengkuengkueng..."

so..ampa ada perasaan bulan lepas aku ada post yang aku and incik jiwa mengalami mimpi yang sama??alaaaa...entry ni ha..[tekan je..new tab 2]ha..dah??

okay..ekcely..malam tu aku merajuk masa diceramah oleh incik jiwa..mana taknya..susah beno aku nak faham kondisi dia..nak kena beli dua fon..nak yang elok pulok tu..manala dia sempat nak kumpul duit..[dat time]..

so..macam macam aku cakap dia..sedih incik jiwa dibuatnya..yela..enam tahun kami sama sama..boleh aku nak kata dia itu dia ini just sebab phone..jahat tak aku??huhu

now..
dah ada depan mata..
aku malu sendiri..perangai macam budax budax..

tadi aku amik cuti..pergi jumpa incik jiwa..sebab aku dah janji before this..aku akan amik cuti bila dia balik..dah selalu dah dia kena amik cuti hari jumaat je sebab aku tak nak amik cuti..teruk kan??

hari ni..dah jumpa..incik jiwa pass phone tu untuk aku..bawak pergi makan..beli sim baru.. and tinted skali..diamond punya..

jadi... 
kami guna...



yeahhh...

digi easy..hehe

lepas tu incik jiwa cakap..
dah pakai phone canggih..beli la cover yang canteks sket..
pilih pilih..akhirnya aku ter-ber-kenan dengan diz one..




nampak sangat biasa  dengan warna hitamnya..tapi dicampur sedikit orange and hitam..cute jugak..aku minta tauke kedai tu try bukak cover tu..bukan apa..tadi aku ada tengok kedai lain..cantik..blue and pink..

bila bukak..ada nampak apa bahagian tepinya..??


maka sangat terpikatlah aku..terus berangan nak letak i/c and lesen and yang penting penting..bukan apa..nanti senang nak bawak..hihi..

terus amik..hehe..

tapi kan...
alaaa ada tapi tapi pulak..

incik jiwa beli note 2 untuk dia..wahai hati..tolonglah jangan jelez..orang dah belikan note tu pun kira dah bersyukur..bagi betis nak peha pulok..lempang laju laju baru tau!!

okay..
itu saja untuk hari ni..
alamak..tadi lupa nak snap pix dengan incik jiwa..dah lah susah nak balik..isk..

ada pix aku jaa...
wuwuwuwu..itu pun satu ja..kikkikkikkik


pix disnap menggunakan phone lama..maaf atas sedikit kekaburan..
baju aku ada polka dot warna merah tapi kecik..tak nampak bila snap..sayangnya...

till then..
bubye..
Assalamualaikum..

p/s : lain kali kalau nak cakap..pk haty orang dulu..jangan nak main lepas je..aku dah kena skali..cash dihantar mimpi malam tu..mana cuak pun..now..aku lebih menghargai incik jiwa..smoga kami dapat bersama dengan izin Allah Maha Besar..amin..

Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

21 November 2012

mimpi itu.. :'(

Assalamualaikum..


Phewww...

lama sungguh tak berkesempatan nak update..selalu bila nak bukak ja mesti da masalah..laptop tak boleh on la..broadband buat hal la..tertidur la..

Tapi itu la yang dipanggil jodoh..dah tak ada jodoh aku nak update..so banyak la halangannya kan??huhu..
ih ih ih...drama sungguh aku sekarang..hikhikhik..

berbalik kepada tajuk asalnya ya para pembaca..

semalam..
bertarikh 20/11/12..

aku ada bergaduh sikit dengan incik jiwa..
biasa la bila dah lama..takkan nak manis ja selalu..
kadang kadang bergaduh la sikit..
bertumbuk ka bertomoi ka..
baru best..ye tak??

so..
dengan tak semena mena..
aku berkasar..bahasaku kesat..
incik jiwa terasa hati namun bersabar menangani sikapku..
dibiar tidak dilawan tidak..

aku semakin hilang kawalan..
sakit hatinya tidak aku hiraukan..
mata terus aku lelapkan..

seketika tertidur..
aku terjaga..
jam di telefon aku tenung lama...

lebih kurang jam 3.45 am..
 peluh di dahi aku kesat..
perlahan mindaku kembali memikirkan mimpiku tadi..

kali ini air mata yang mengalir laju pula aku kesat..
pantas ikon mesej aku tekan..
nama incik jiwa aku pilih..
semerta aku menghantar teks memohon maaf..
salahku aku akui..

sekeras keras aku..
akhirnya aku tewas..

mengimbas kembali mimpi semalam..
aku seperti di suatu tempat yang aku sendiri tidak pasti..
di atas bangunan atau jambatan..
sumpah aku tak pasti..

dari kejauhan aku terlihat incik jiwa di tembak..
pantas aku berlari untuk mendekati..
tiba di tempat kejadian..
kosong..nothing..
incik jiwa telah hilang dari pandangan..

beberapa hari berlalu..
tiada apa apa maklumat aku terima..
sangka kami semua..
incik jiwa telah pergi..
jauh meninggalkan aku terkontang kanting menagih kasih..

kakakku setia memberi sokongan..
cuba memahami kondisiku saat kehilangan..
jiwaku terasa kosong..
hanya tangis menemani hari..

saban hari..
pabila orang bertnya mengapa aku sesedih itu..
kakakku pantas memberitahu..
ya..
aku kehilangan orang tersayang akibat ditembak..

foto incik jiwa kakakku pamerkan kepada mereka..
seketika..
wajah incik jiwa dalam foto aku tenung..
lama..
kelihatan sangat berseri seri..
aku senyum dalam tangis..

mengapa dia diragut dari aku??
salah apakah aku??
sehingga hatiku jiwaku ragaku terasa kosong..
kosong yang teramat sangat sehingga aku terjaga dari lena..

sebakku terbawa bawa sehingga aku kembali tertidur entah jam berapa..
terjaga pagi itu sebelum ke tempat kerja..
aku terima satu teks kiriman incik jiwa..

sedikit untukku kongsikan..
[separuh dari teks]
"orang bukan nak kata orang bagus,tapi tiap kali orang marah macam mana pun,kejap ja..sebab orang sayang dia..tak ada guna bergaduh..tapi dia..marah sikit layan orang macam apa gi..orang keluar air mata tau tak semalam..sebab tu orang tak reply..orang niat dalam hati,kalau dia sayang orang lagi..InsyAllah dia akan cari orang..Alhamdulillah..Allah buka pintu hati dia untuk hantar mesej dekat orang.."

terpempan aku seketika..
Ya Allah..agungnya kuasa-Mu ya Rabb..

balik dari kerja semasa dalam perjalanan..aku ceritakan kepada incik jiwa tentang mimpiku semalam..

sekali lagi keagungan-Mu Kau tunjukkan..
incik jiwa pun dapat mimpi yang sama..
cuma dia tak nampak apa apa kecuali dia ditembak tiga das..
juga seperti mimpiku..
tembakan terkena bahu kirinya sehingga darah mengalir deras..

apakah maksud di sebalik mimpi kami..

bingung..
mengapa kami mengalami mimpi yang sama pada malam yang sama??
amaran apakah yang ingin disampaikan-Nya??

kosongnya hatiku ditinggalkan incik jiwa dalam mimpi semalam sampai sekarang dapat aku rasakan..
entah bagaimana rasanya jika benar benar terjadi..
Ya Allah..jauhkanlah perkara buruk itu dari kami..

doaku semoga kita sentiasa bersama..
Aminn..





till then..
Assalamualaikum..
c ya again...
daa...

Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

16 March 2012

semoga aku terus berusaha :]

assalamualaikum...

"kalau tak jawab dosa...kalau jawab sayang..."

haha...tagline sapa tu erk??hurmmm..
maka rugilah sesiapa yang tak tau kepunyaan siapakah tagline manis itu..
hahahahahhahaha[gelak jahat]

okay semua..sengaja aku cuba menghiburkan hatiku yang lara..sedih...gundah gulana..
btw...tagline itu kepunyaan si manis bijak mengatur bicara dan berbahasa indah ini..

nak tau??singgit..ahakkkk!!!


bakal kakak ipar kepada 


**********************************************************
ekcely aku bukan nak story pasal kakak kakak superb fofuler ni pun..hehe

saja gatai ang ni no....

huarghhhhh...kenapalah aku suka sangat buat entry malam malam hah? siang dah hilang ka?aiyiooo...alamak...sikalang bukan malam lagi wooo...
sulah tengah pagi kata hincik jiwa..ahakkkkss!

huh...aku bukan apa...baru tadi aku berseronok terkinja kinja sebab dapat date dengan incik jiwa seharian.. bukan senang nak jumpa dengan dia sekarang...mau berbulan tunggu baru dapat...itupun kalau dia balik..kalau tak...
hanya di radio...dapatku mendengar suaramu itu..
haha...tukar tukar...
hanya di telefon..dapatku mendengar suaramu itu...

:]  [:
       

then, bila sampai di rumah...aku dengan poyonya dan rakusnya terus men-snap pix dengan hadiah dari incik jiwa.. masa incik jiwa bagi hadiah tu konon eksen la tak mau tengok...nak suprisekan diri di rumah..bukan apa, takut tak tau nak express-kan feeling depan mereka mereka yang ada...aku dari awal dah bagitau incik jiwa...jangan beli things macam tu...aku susah nak harapkan orang lain..takut tak berkenan di hati kang senget muka aku...haha...

but then entah macam mana tangan aku tak menyempat nyempat..plastik berisi hadiah aku selak rakus..

"cantik beg tu..noh???" tiba tiba ada satu suara..
apa lagi...tersipu sipu la aku..rupanya bonda incik jiwa yang tegur..haha


**fine...aku tak ada mood gembira itu sekarang...mungkin entry lepas ni baru aku dapat express-kan dengan pix pix sekali..
pagi ni aku cuma nak luahkan kesedihan dan keperitan perjalanan hidupku kepada 
cik blog.. 
tolonglah baca [tak boleh tulis dengar kerna blog tidak dikurniakan telinga] wahai cik blog...walau hanya sebentar..

tadi petang, setibanya aku di rumah..mak memberiku tiga sikat [???]surat..aku sambut surat surat tu dengan lemah.
.
arhhggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
wtf!!!*&%@$^(

aku hantar surat surat ni hampir dua minggu yang lepas..di ulangi hampir dua minggu yang lepas...tup tup hari ni posmen pulangkan dengan alasan yang tertulis di bawah setem

'dikembalikan untuk tambahan setem 40$'

helllllllllllllllooooooooooo....kenapa baru hari ni ampa hantar...??
teruk betullah sistem POS MALAYSIA nowadays..!!

aku punya la seronok sebab mungkin hari ni tarikh tutup permohonan..so, diorang akan mula tengok resume yang dihantar para pemohon ahad ni la kowt....

tapi, dengan kehadiran surat surat itu kembali..hariku menjadi gelap..duniaku mendung..
yeahhh...maybe sebab dah nak malam...mestilah nampak gelap and mendung bagai wahai cik haty..

air mataku mengalir...mungkin bukan rezekiku di situ..tapi di mana??tahun ni saja dua application aku gagal..and sekarang tambah lagi satu..

air hidung turut sama melelehkan dirinya keluar bagi menemani sang air mata agar tidak merasa keseorangan meniti hari yang bagai tiada penghujung..bulu mataku yang tadi siangnya meliuk lentok melentik menggoda incik jiwa kini layu tunduk ke bumi..turut membiarkan dirinya dibasahi sang air mata bagi menyatakan perasaan sedihnya yang sedikit mengasihani cik haty tika itu..untuk tidak menunjukkan bahawa mereka tidak berhari perut , eye shadow ke-koko-an dan eye liner bling bling yang gah bersinar dari pagi sehingga penghujung hari juga turut menumpahkan kesedihan..mereka akhirnya mengambil keputusan untuk mengorbankan diri mereka iaitu dengan mengalirkan diri mereka bersama sama sang air mata menuruni pipi cik haty yang sedikit curam..

kini, eye bag di bibir mata cik haty semakin bermaharaja lela..dia tersenyum puas sambil mengerut ngerutkan kulit di bawah mata cik haty sehingga menimbulkan riak wajah seorang nenek meminta disuapkan nasi oleh penjaga rumah orang tua di wajah cik haty...

***********************************************************

sudahlah cik haty...mungkin betul apa yang incik jiwa and byla cakap...belum rezeki ang..pelan pelan kayuh k??

sabar itu separuh daripada iman..
banyakkan beramal sayang..ang baru meniti usia 20-an..tidak ada yang perlu ang risaukan sangat..ramai lagi menusia outhere yang lebih nothing dari ang..

p/s : jangan biarkan impian mengatur hidup ang..Tuhan dah mempersiapkan yang lebih baik...cuma belum masanya...bak kata sapa entah :

bila seorang doktor nak melakukan pembedahan mangambil dan membuang salah satu organ dari badan ang...ang relakan..ang tahu semua itu untuk kebaikan ang..malah berterima kasih kepada sang doktor kerna telah membantu ang menjalani kehidupan yang lebih baik..
jadi, kenapa ang tak berterima kasih kepada Tuhan yang telah mengambil dan membuang sesuatu dari ang sekarang untuk yang lebih baik pada masa hadapan??
sessungguhnya Allah adalah doktor kepada doktor..Dia tahu apa yang sedang Dia atur dan uruskan..
ALLAH ....

Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

31 December 2011

ku sambutmu dengan senyuman

 hyep...
salam to allz n ACIK coz sudi tumpang nyebok masa acu nak update blog n pot pet pot pet sampai ilang melayang idea nak post dari berabad lama na ntah..
hahaha...

ekceli disebabkan sudah lama sangat aku x update, jari aku tiba2 terkedu nak menaip.
nak2 pulak da jaa budak2 ney nak nyebok.

HEY!!!
percaya ato tidak esok dah tahun baru...
WOW!!!!
sengaja aku nak update blog hari laz taon 2011 yang agak tidak memberangsangkan ni..
hm...
sok akan ada penentuan bagiku..
semoga dengan kedatanganmu 2012 akan membawa tuah dalam hidupku...

ok lah...times up..
masa untuk berangkat..

bye.....................................














Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...