Pages

21 November 2012

mimpi itu.. :'(

Assalamualaikum..


Phewww...

lama sungguh tak berkesempatan nak update..selalu bila nak bukak ja mesti da masalah..laptop tak boleh on la..broadband buat hal la..tertidur la..

Tapi itu la yang dipanggil jodoh..dah tak ada jodoh aku nak update..so banyak la halangannya kan??huhu..
ih ih ih...drama sungguh aku sekarang..hikhikhik..

berbalik kepada tajuk asalnya ya para pembaca..

semalam..
bertarikh 20/11/12..

aku ada bergaduh sikit dengan incik jiwa..
biasa la bila dah lama..takkan nak manis ja selalu..
kadang kadang bergaduh la sikit..
bertumbuk ka bertomoi ka..
baru best..ye tak??

so..
dengan tak semena mena..
aku berkasar..bahasaku kesat..
incik jiwa terasa hati namun bersabar menangani sikapku..
dibiar tidak dilawan tidak..

aku semakin hilang kawalan..
sakit hatinya tidak aku hiraukan..
mata terus aku lelapkan..

seketika tertidur..
aku terjaga..
jam di telefon aku tenung lama...

lebih kurang jam 3.45 am..
 peluh di dahi aku kesat..
perlahan mindaku kembali memikirkan mimpiku tadi..

kali ini air mata yang mengalir laju pula aku kesat..
pantas ikon mesej aku tekan..
nama incik jiwa aku pilih..
semerta aku menghantar teks memohon maaf..
salahku aku akui..

sekeras keras aku..
akhirnya aku tewas..

mengimbas kembali mimpi semalam..
aku seperti di suatu tempat yang aku sendiri tidak pasti..
di atas bangunan atau jambatan..
sumpah aku tak pasti..

dari kejauhan aku terlihat incik jiwa di tembak..
pantas aku berlari untuk mendekati..
tiba di tempat kejadian..
kosong..nothing..
incik jiwa telah hilang dari pandangan..

beberapa hari berlalu..
tiada apa apa maklumat aku terima..
sangka kami semua..
incik jiwa telah pergi..
jauh meninggalkan aku terkontang kanting menagih kasih..

kakakku setia memberi sokongan..
cuba memahami kondisiku saat kehilangan..
jiwaku terasa kosong..
hanya tangis menemani hari..

saban hari..
pabila orang bertnya mengapa aku sesedih itu..
kakakku pantas memberitahu..
ya..
aku kehilangan orang tersayang akibat ditembak..

foto incik jiwa kakakku pamerkan kepada mereka..
seketika..
wajah incik jiwa dalam foto aku tenung..
lama..
kelihatan sangat berseri seri..
aku senyum dalam tangis..

mengapa dia diragut dari aku??
salah apakah aku??
sehingga hatiku jiwaku ragaku terasa kosong..
kosong yang teramat sangat sehingga aku terjaga dari lena..

sebakku terbawa bawa sehingga aku kembali tertidur entah jam berapa..
terjaga pagi itu sebelum ke tempat kerja..
aku terima satu teks kiriman incik jiwa..

sedikit untukku kongsikan..
[separuh dari teks]
"orang bukan nak kata orang bagus,tapi tiap kali orang marah macam mana pun,kejap ja..sebab orang sayang dia..tak ada guna bergaduh..tapi dia..marah sikit layan orang macam apa gi..orang keluar air mata tau tak semalam..sebab tu orang tak reply..orang niat dalam hati,kalau dia sayang orang lagi..InsyAllah dia akan cari orang..Alhamdulillah..Allah buka pintu hati dia untuk hantar mesej dekat orang.."

terpempan aku seketika..
Ya Allah..agungnya kuasa-Mu ya Rabb..

balik dari kerja semasa dalam perjalanan..aku ceritakan kepada incik jiwa tentang mimpiku semalam..

sekali lagi keagungan-Mu Kau tunjukkan..
incik jiwa pun dapat mimpi yang sama..
cuma dia tak nampak apa apa kecuali dia ditembak tiga das..
juga seperti mimpiku..
tembakan terkena bahu kirinya sehingga darah mengalir deras..

apakah maksud di sebalik mimpi kami..

bingung..
mengapa kami mengalami mimpi yang sama pada malam yang sama??
amaran apakah yang ingin disampaikan-Nya??

kosongnya hatiku ditinggalkan incik jiwa dalam mimpi semalam sampai sekarang dapat aku rasakan..
entah bagaimana rasanya jika benar benar terjadi..
Ya Allah..jauhkanlah perkara buruk itu dari kami..

doaku semoga kita sentiasa bersama..
Aminn..





till then..
Assalamualaikum..
c ya again...
daa...

Thanks For Reading!! Do Leave Your Comment If uollz Feel So!! ;]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...